Doorgift Tasbih Mini Glasspearl


Doorgift tasbih mini ni memang sangat-sangat sesuai tau untuk dijadikan goodies untuk majlis. Selain dari Yasin Readymade murah, tasbih mini antara yang Abam Mika paling sarankan untuk anda beri kepada tetamu majlis anda.

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Tasbih Mini sebagai Doorgift Anda.

1. Boleh Digunakan Sampai Bila-bila.

Kadang-kadang ada orang suka bagi doorgift makanan untuk majlis kan? Contohnya macam bahulu, kerepek, dan macam-macam lagi lah. Tapi pada pendapat Abam Mika, idea doorgift tu ok, cumanya bila makan, sekali makan dah habis dah.
Kalau anda bagi tasbih ni, sampai bila-bila pun tetamu anda boleh guna (kalau dia tak hilangkan lah).
Contoh macam lepas solat kan, nak berzikir, ambil je doorgift tasbih mini yang anda beri tu dari handbag. Dah habis guna boleh simpan balik.
Takde lah nak kena pinjam mak cik sebelah (mak cik sebelah pun nak guna jugak)

2. Mudah Dibawa Ke Mana-Mana.

Yelah, dengan saiz nya yang kecil (cantik pulak tu). Memang mudah lah jika anda nak masukkan doorgift tasbih mini ini ke dalam paperbag ataupun kotak yasin anda. Tetamu anda pun dapat je terus boleh masukkan dalam handbag. Kalau lelaki masuk dalam poket seluar pun muat.

3. Betul-betul guna material Batu Glasspearl, bukan plastik.

Ya, walaupun harganya sangat murah, Mika Doorgift tidak memberikan anda kualiti yang murah. Sebaliknya, kami menggunakan material batu glasspearl untuk doorgift tasbih mini ini. Mesti anda tertanya-tanya, "batu glasspearl ni macam mana ya?”.
Eh bukan batu mutiara yang kena selam dalam laut lepas tu kena tangkap laju-laju sebab takut terkepit tangan tu tau.
Ok batu glasspearl ni dia punya berkilat dia tu yang seakan-akan batu mutiara, sangat cantik dan nampak mahal walaupun anda boleh dapatkan tasbih mini dari Mika Doorgift ini dengan harga borong.

4. Handmade Oh Handmade.

Jarang dapat jumpa doorgift yang dibuat handmade ni betul tak? Doorgift tasbih mini kami dibuat 100% buatan tangan ok. Kecuali biji-biji glasspearl tu tak lah.
Maksudnya kami memang handmade letak satu-satu biji tabih ke dalam tali khas dia ikut warna, pastikan cukup 33 biji, lepas tu matikan pulak dengan stopper dan macam-macam lagi benda yang kalau anda dengar pun mesti tak faham.
Nak siapkan satu tasbih ni susah tau, biasanya 100pcs tasbih makan masa sampai 7-8 jam nak siapkan. Sebab nak pastikan cukup dan tiada silap. Yelah sebab doorgift tasbih ni orang akan guna untuk berzikir kan, tu yang kena buat betul betul.
Dan itu lah bestnya buat handmade, kompem puas hati dengan kualitinya.

5. Boleh Tambah Kotak Tasbih Kalau Nak Doorgift Nampak Lebih Exclusive.

Ahaa, hanya di Mika Doorgift, kami dah siapkan juga kotak khas istimewa untuk tasbih mini ni. Masukkan sahaja doorgift tasbih mini ke dalam kotak khas ni dan MashaAllah, doorgift anda akan nampak jauh lebih cantik dan eksklusif.

Tasbih Mini Glasspearl Sesuai Untuk?

  • Majlis Perkahwinan
  • Majlis Aqiqah
  • Majlis Cukur Jambul
  • Majlis Sambutan Hari Jadi
  • Majlis Kesyukuran
  • Majlis Tahlil
  • Majlis Doa Selamat
  • Hadiah untuk pelanggan setia
Dengan harga yang murah dan jimat ni, sangat sesuai jika anda ingin berikan kepada pelanggan tetap anda. Mereka pasti suka bila dapat hadiah daripada anda. Kalau dah suka tu mesti lah akan beli lagi banyak-banyak kan? Betul Tak?

Senarai Harga Doorgift Tasbih Mini Glasspearl

Info Ringkas

Material Tasbih : Batu Glasspearl
Warna Pilihan : random (jangan risau semua pun cantik)
Jenis Tasbih : 33 Biji
Minimum Order : 50 pcs

Senarai Harga (Murah tau siap ada harga borong)

Doorgift Tasbih Sahaja
50pcs ke atas – RM1.50 / pcs
1000pcs ke atas – RM1.40 / pcs
Kotak Tasbih Sahaja
50pcs ke atas – 0.50 Sen / pcs
Set Doorgift Tasbih + Kotak Tasbih
50pcs ke atas – RM1.90 / set
1000pcs ke atas – RM1.80 / set
Set Doorgift Tasbih + Yasin Readymade + Kotak Tasbih
25pcs ke atas – RM2.50 / Set

Contoh Tasbih Mini







Buat Tempahan Doorgift Tasbih Mini Sekarang!

www.wasap.my/60149619772
P/S : Jangan tunggu stok tasbih ni habis tau, tempah sekarang kerana stok tak banyak.

Like Kami, Follow Kami di Facebook